Isnin, 4 Julai 2016

Restoran steamboat terbaik di semenyih

Restoran steamboat memang banyak di kawasan kita tetapi perlu berhati-hati dengan status halal. Terdapat dua restoran steamboat rare di semenyih. Pertama...jeng...jeng...

Restoran Firehouz steamboat and grill. Kedai ini terletak di belakang Tesco Semenyih. Kedai corner lot di Pelangi semenyih 1. Kedai ini dimiliki oleh orang Melayu.

Antara menu di sini

Harga makan kat sini pun murah! Lebih murah daripada restoran Jonny. Paling penting ianya Halal Toyyiban. Kalau time gaji better korang telefon restoran ini dulu sebelum datang. Kalau bulan ramadan restoran ini juga ada menyediakan buffet. Kalau tak silap satu kepala RM29.90 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 4 tahun free. Kedai ini dibuka setiap hari. Cuti umum tak pasti. Restoran ini dibuka pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam. Ni alamat dan no telefon untuk korang.

Alamat:
75G,Jalan TPS  1/6,

Taman Pelangi Semenyih

Tel: 03-8727 6338
+012-320 5816



Restoran kedua ialah......Restoran Echal's Steaamboat N Grills. Restoran ini terletak di Bandar Tasik Kesuma tepi jalan besar. Sebelah Kolej Politek Mara Jepun. Restoran ini juga restoran halal yang dimiliki oleh orang Melayu. Saya boleh cakap restoran ini memang besttttttt sangat. Ada beberapa sebab iaitu....

  1. Harga makan murah
  2. Banyak pilihan menu
  3. layanan memang superb
  4. Tempat cantik dan selesa untuk keluarga
  5. Boleh renew roadtax kereta sekali sebab bos kedai ini ada buat bisnes insuran etiqa....hihiihi
Mula-mula nak masuk restoran ini takut sebab restoran ini macam restoran yang mahal. Tetapi bila bayar...lah murahnya...Sebab tu kalau musim gaji, cuti umum dan bulan Ramadan memang Fullhooooouse. Better kalau korang nak datang please call dulu ya.

Cantik kan Restoran ini....

Ni alamat dan no contact if korang nak cuba. Ingat booking dulu sebelum datang. Restoran ini dibuka operasinya pada jam 6pm-12pm.

Alamat: No.,, 1, Jalan Kesuma 3/1, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor



Selepas ini saya akan memperkenalkan kedai makan breakfast terbaik di sekitar Semenyih.....hihi tunggguuuuuu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan