Khamis, 18 Ogos 2016

Saya suka menggunakan sofware Photoscape kerana ia using friendly berbanding adobe photoshop. Walaupun saya kerap menggunakan adobe photoshop. Adakalanya saya menggunakan Photoscape bagi edit gambar kerana lebih mudah dan banyak filter yang menarik.  Photoscape adalah perisian free daripada  MOOII Tech, Korea.

Konsep dasar PhotoScape adalah "Mudah dan Menyenangkan" Sehingga memungkinkan pengguna untuk dengan mudah mengedit foto yang diambil dari kamera digital atau kamera handphone. PhotoScape menyediakan features untuk melakukan editan  foto umum termasuk penyesuaian warna, memotong, mengubah ukuran, percetakan dan animasi GIF.

Photoscape hanya tersedia untuk Microsoft Windows  tetapi tidak tersedia bagi pengguna Mac atau Linux. Bahasa default adalah bahasa Inggeris dan Korea. Versi terkini ialah v. 3.7v. Kalau ada hendak sofware ini boleh klik link di bawah. Selamat mencuba.

https://drive.google.com/open?id=0B4nsxqrv6bw1SjVfdEpaZlp0OG8

Ahad, 14 Ogos 2016

Salam. Minggu lepas saya dan rakan saya pergi mencuba makanan Pakistan dekat Batu 9 Cheras Hulu Langat. Kedai ini macam design kedai tomyam Thailand. Rupanya dulu kedai ini dibuka oleh orang Thailand tetapi tak berapa menjadi so tutup dan digantikan dengan kedai Pakistan. Menu malam ni saya dan kawan mencuba roti nan, kima daging, kebab daging dan kacang merah. Air kami pilih teh tarik susu lembu. Semua menu ini merupakan menu popular bagi orang Melayu yang makan di sini. Kalau orang bangsa Pakistan order yang pelik-pelik nak cuba order tapi takut tak kena selera.

Makanan kat memang superp boleh dijadikan pilihan jalan-jalan cari makan. Setiap waktu malam memang full house....Air teh tarik paling sedap saya minum ialah kat kedai ini....mummmm. Memang berkrim sangat sedap. Tak sangka air teh tarik campur susu lembu fresh memang kaw-kaw sedap. Gambar di bawah merupakan menu saya dan kawan-kawan malam ini.


Macam mana nak gi kedai ini?...senang je. Kedai ini dekat dengan masjid batu 10 dan jalan menuju masuk Hulu Langat. Tepi jalan yang sedang dibina projet MRT. Anda patut cuba jika nak kelainan....hehehe.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Assalammualaikum semua, hari ini saya ingin berkongsi satu teknik membuang background sesuatu gambar. Kaedah ini lebih mudah dan hampir semua komputer menggunakan perisian ini. Perisian yang saya maksudkan adalah powerpoint. Saya selalu menggunakan adobe photoshop dengan features magis wand tool untuk membuang background gambar yang berwarna putih supaya menjadi seperti transperent. Baik kita mula:

Langkah 1:
Buka powerpoint. Saya menggunakan powerpoint 2007. Setiap version powerpoint ada features untuk membuang background. Tapi untuk hari ini saya menerangkan penggunaan membuang background dengan menggunakan powerpoint 2007.


Saya memilih design hitam untuk menunjukkan gambar yang kita edit supaya kelihatan lebih jelas.

Langkah 2:

Kita pilih menu 'insert' dan pilih picture yang ingin anda edit dan klik 2 kali pada gambar tersebut.



Langkah 3:

Pilih format, ambil feature Recolor dan pilih Set Transparent Color.


Langkah 4:

Klik pada background gambar tersebut dan menjadi seperti ini...jeng..jeng.


Langkah 5:

Cara nak save adalah klik kanan mouse dan pilih save as picture.



Saya sarankan pilih format file PNG. bagi memudahkan penyimpanan dan lebih ringan.

Sekian terima kasih....jika ada cadangan sila kemukakan dibahagian komen. tq..Wassalam.

Isnin, 4 Julai 2016

Restoran steamboat terbaik di semenyih

Restoran steamboat memang banyak di kawasan kita tetapi perlu berhati-hati dengan status halal. Terdapat dua restoran steamboat rare di semenyih. Pertama...jeng...jeng...

Restoran Firehouz steamboat and grill. Kedai ini terletak di belakang Tesco Semenyih. Kedai corner lot di Pelangi semenyih 1. Kedai ini dimiliki oleh orang Melayu.

Antara menu di sini

Harga makan kat sini pun murah! Lebih murah daripada restoran Jonny. Paling penting ianya Halal Toyyiban. Kalau time gaji better korang telefon restoran ini dulu sebelum datang. Kalau bulan ramadan restoran ini juga ada menyediakan buffet. Kalau tak silap satu kepala RM29.90 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 4 tahun free. Kedai ini dibuka setiap hari. Cuti umum tak pasti. Restoran ini dibuka pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam. Ni alamat dan no telefon untuk korang.

Alamat:
75G,Jalan TPS  1/6,

Taman Pelangi Semenyih

Tel: 03-8727 6338
+012-320 5816



Restoran kedua ialah......Restoran Echal's Steaamboat N Grills. Restoran ini terletak di Bandar Tasik Kesuma tepi jalan besar. Sebelah Kolej Politek Mara Jepun. Restoran ini juga restoran halal yang dimiliki oleh orang Melayu. Saya boleh cakap restoran ini memang besttttttt sangat. Ada beberapa sebab iaitu....

  1. Harga makan murah
  2. Banyak pilihan menu
  3. layanan memang superb
  4. Tempat cantik dan selesa untuk keluarga
  5. Boleh renew roadtax kereta sekali sebab bos kedai ini ada buat bisnes insuran etiqa....hihiihi
Mula-mula nak masuk restoran ini takut sebab restoran ini macam restoran yang mahal. Tetapi bila bayar...lah murahnya...Sebab tu kalau musim gaji, cuti umum dan bulan Ramadan memang Fullhooooouse. Better kalau korang nak datang please call dulu ya.

Cantik kan Restoran ini....

Ni alamat dan no contact if korang nak cuba. Ingat booking dulu sebelum datang. Restoran ini dibuka operasinya pada jam 6pm-12pm.

Alamat: No.,, 1, Jalan Kesuma 3/1, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor



Selepas ini saya akan memperkenalkan kedai makan breakfast terbaik di sekitar Semenyih.....hihi tunggguuuuuu.




Rabu, 22 Jun 2016

Perkongsian Ilmu Siri 1

Tahukah anda terdapat cara untuk edit huruf supaya lebih menarik? Cara edit huruf supaya lebih menarik ini dinamakan teknik insert picture.Teknik ini amat berguna untuk mendapatkan huruf yang cantik bagi menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif. Teknik ini juga mudah dipelajari kerana ia menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Contoh huruf yang telah di edit menggunakan teknik ini adalah seperti di bawah.




Anda boleh memasukkan apa jenis gambar atau corak dalam huruf ini. Corak dalam huruf mesti menggunakan format imej seperti jpeg, bitmap dan lain-lain. Video di bawah merupakan cara memasukkan gambar atau corak dalam huruf. Selamat mencuba.


Jumaat, 17 Jun 2016

Suasana baru dan jiwa baru

20 Jun 2016 merupakan tarikh keramat kerana mula bekerja di sekolah baharu.